Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik. Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kuran dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 . Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.
Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini. Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara. Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang).
Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan. Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang 50 ekor.
Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.
TUJUAN PEMELIHARAAN:
- Sebagai rekreasi dan kegemaran
- Sebagai tindakan mencegah kepupusan
- Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
- Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
- Sebagai makanan enak
- Sebagai Perhiasan
INFRASTRUKTUR LADANG
Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.
Tabiat
Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi. Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.
Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat-tempat yang tertentu
Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok. Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi tempat laluan ternakan ini.
Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam. Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.
Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok
Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik
Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan
Pagar Sekeliling
Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .
Kawasan ragutan dan makanan
Makanan yang cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa. Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa. Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi. Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.
Pedok Kawalan
Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa. Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap
Rumah Gelap
- Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
- Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
- Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
- Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
- Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
- Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap
Bangsal Untuk Meletak Makanan
Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang berbumbung bagi meletak bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh. Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.
Kolam Mandi
Kolam Mandi
Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik. Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment